Real Madrid akan menentang Liverpool diperlawanan akhir Liga Juara-Juara

JUARA 13 kali Real Madrid bangkit dari ambang penyingkiran untuk menyingkirkan Manchester City 3-1 dalam masa tambahan bagi kemenangan agregat 6-5 pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu.

Manchester City terlebih dahulu mendahului 1-0 bagi melebarkan kedudukan agregat 5-3 apabila Riyad Mahrez menjaringkan gol pada minit ke-73, sebelum pemain gantian Real, Rodrygo menyamakan kedudukan pada minit ke-90′ diikuti jaringan kedua seminit kemudian untuk mengikat kedudukan 5-5.

Lima minit di masa tambahan, Karim Benzema menyempurnakan sepakan penalti selepas Ruben Dias melakukan kekasaran ke atasnya untuk mara ke final.



Juara La Liga itu akan berdepan Liverpool pada 28 Mei di Paris, sekali gus menyaksikan ulangan perlawanan akhir 2018 di Kiev yang dimenangi kelab Sepanyol tersebut dengan keputusan 3-1.

“Ini sungguh menakjubkan. Kami telah menumbangkan kelab besar yang membelanjakan banyak wang untuk membina pasukan mereka. Tetapi kami mempunyai sejarah kami.

“Dan apabila Real Madrid ke final, mereka akan memenanginya,” kata penjaga gol Thibaut Courtois.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker