Segelintir warga KL ‘bersesak’ rai tahun baharu

Sebaran :

Ratusan orang ramai berkumpul di kawasan pusat beli-belah terkemuka di ibu kota malam ini, dipercayai bagi menyambut Ambang Tahun Baharu.

Rakaman video berdurasi 53 saat yang menunjukkan orang ramai berkeliaran di luar pusat beli-belah itu tular di media sosial.

Selain itu, rakaman terbabit turut menampakkan kesesakan teruk berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sepasukan polis berada di lokasi ketika ini.

“Kita ambil tindakan kompaun jika mereka didapati berkumpul,” katanya ketika ditanya pemberita, sebentar tadi.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sambutan tahun baharu 2021 secara perhimpunan tidak dibenarkan.

Beliau dilaporkan berkata, sambutan yang biasanya disambut secara besar-besaran itu boleh mewujudkan risiko penyebaran Covid-19 jika dianjurkan di mana-mana lokasi di negara ini. HM


Sebaran :

Leave a Reply