‘Bantuan kerajaan lewat sampai saya kena botakkan kepala’
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman menyifatkan kelewatan bantuan kerajaan antara sebab mengapa fungsi Parlimen perlu dihidupkan ketika pelaksanaan darurat.
Beliau berkata, ia penting bagi memastikan berlangsungnya sesi semak dan imbang.
“Saya mahu tanya di Parlimen apabila Gabungan Teksi Malaysia mengadu sehingga hari ini mereka tidak menerima bantuan. Begitu juga dengan bantuan laptop.
“Kenapa saya di Muar kena keluarkan dana sendiri, kena botakkan kepala supaya akhirnya anak-anak kecil dapat pendidikan yang baik? Kita lakukan kerana bantuan kerajaan lewat turun.
“Perjanjian bantuan laptop dibentang pada belanjawan lepas daripada rambut saya seperti Shah Rukh Khan kepada kepala botak seperti Altinet, sekarang (rambut) seperti (Menteri Kesihatan) Dr Adham Baba, tapi masih belum sampai,” katanya ketika Program Berani Semuka bertajuk ‘PKP, Rakyat Terabai? YB Sila Jawab’ di Karangkraf di sini pada Selasa.
Program dikendalikan Saiful Nizam Ismail itu turut menampilkan Ahli Parlimen Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sebagai panelis.
Beliau juga turut mempersoalkan mengapa masih terdapat hospital yang memerlukan sumbangan luar walhal belanjawan yang diumumkan terbesar dalam sejarah.
“Mengapa hospital di Sabah, terpaksa lakukan bantuan dana awam untuk beli peralatan yang mencukupi,” soalnya.
Kelewatan pendaftaran bukti Pejuang ancaman kepada PPBM, kata penganalisis
You must be logged in to post a comment.