UMNO Boleh Bekerjasama Dengan Sesiapa Pun Tetapi Ahli UMNOlah Penentunya — MYKMU.NET

UMNO Boleh Bekerjasama Dengan Sesiapa Pun Tetapi Ahli UMNOlah Penentunya



Sebaran :

 

Tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai ‘musuh’ politik, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Ahli Parlimen Pekan itu, parti yang pernah beliau pimpin selama sembilan tahun itu, sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan, namun ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.

Politics is the art of possible… saya tak nampak apa-apa sebab kita tak boleh ada sikap keterbukaan kita untuk kerjasama, dengan syarat – ahli-ahli dan pemimpin UMNO mesti boleh terima, dan mereka ikhlas, ada trust (kepercayaan) dalam kerjasama



“Tapi kalau kita nak buat satu pakatan politik baharu, dan tidak berdasar pada kebolehpercayaan atau trust, ia akan runtuh, lambat-laun akan runtuh. Ia (telah pun) berlaku pada Pakatan Harapan sebab asas kepercayaan itu tidak ada,” katanya lagi.

Najib berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam program Eksklusif Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disiarkan Astro AWANI malam ini.

Baru-baru ini, beberapa media melaporkan keterbukaan parti yang kini diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu untuk melakukan kerjasama dengan DAP dan PKR, terutama sewaktu peralihan kepimpinan kerajaan negeri Perak beberapa bulan lepas.



Rata-rata penganalisis politik berpendapat, ia mempunyai potensi untuk membuka lembaran dinamik politik yang baharu.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerjasama sama antara pihak atau parti yang dianggap seteru politik bukanlah perkara baharu dalam negara ini.

“Kalau lihat pada PH pun siapa boleh fikirkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bersama-sama dalam satu pakatan politik untuk menjatuhkan Barisan Nasional.



“Tetapi ia berlaku. Dr Mahathir dengan DAP umpamanya, boleh duduk semeja, boleh lantik DAP jawatan-jawatan (Kabinet) yang penting,” katanya.

Namun, tambah beliau lagi, ia akhirnya gagal bertahan sehingga pilihan raya umum (PRU) seterusnya, ekoran rasa tidak percaya yang bercambah dalam kalangan parti komponen PH.

Atas sebab itu, Najib sekali lagi menegaskan, sebarang keputusan yang melibatkan perubahan dasar atau prinsip UMNO, khususnya dalam kerjasama dengan parti politik lain, perlu melalui perbincangan yang menyeluruh, dan diterima akar umbi parti itu.-Awani




Sebaran :


Leave a Reply