Kerjasama UMNO/PAS Diterima Majoriti Ahli

Kesan dari keputusan dalam PRU14 yang lepas, disamping peralihan kepimpinan yang baru, UMNO kini bukan sahaja terbuka malah bersedia untuk bekerjasama dengan parti lain terutama PAS seperti dilihat dari kehadiran Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Muktamar PAS minggu sudah.

Memandangkan UMNO dan PAS pernah bekerjasama di dalam BN dari tahun 1974 hingga 1977, rasanya kehadiran Presiden UMNO ke muktamar PAS, bukanlah pertama kali tapi sebab yang dulu tu gamaknya sudah tersangat lama, ia mencatat sejarahlah juga.

Perubahan ini datang pada waktu yang betul kerana sememangnya ada kajian yang menunjukkan kalau UMNO dan PAS bekerjasama dalam pilihanraya yang lepas waima yang akan datang sekalipun, kemenangan akan berpihak kepada kita terutama di kawasan majoriti Melayu.

Dari segi politiknya, inilah yang terpenting sekarang kerana buat pertama kalinya banyak pihak merasakan teras perjuangan kedua-dua parti mula terancam dan dengan itu ada keperluan untuk bekerjasama bagi memastikan ancaman ini dihadapi bersama.

Justeru, jika ada pihak dalam UMNO yang tidak berkenan dengan kerjasama ini, mereka adalah mewakili kelompok minoriti dalam parti sahaja, hakikat sebenarnya, majoriti ahli UMNO menerima baik kerjasama dengan PAS, jika itu keputusan yang dibuat kepimpinan parti dalam perhimpunan agung UMNO hujung bulan ini.

Mesej dari PRU14 yang lepas jelas menunjukkan UMNO perlukan perubahan dan tidak boleh lagi sekadar bergantung kepada bentuk kerjasama yang selama ini membawa kejayaan kepada kita.  Zaman itu dan era berkenaan sudah berlalu.

Kelihatannya kerjasama yang ada selama ini dalam BN hanya berpusat kepada mendapat dan mengekalkan kuasa semata-mata, bila kuasa itu hilang, masing-masing mula mengambil hala tujuan masing-masing – apapun tentang semangat perjuangan untuk rakyat yang banyak diperkatakan sebelum ini, hanyalah retorik semata-mata.

Lagipun politik hari ini, parti A bertanding atas lambang parti B pun boleh menerima sokongan rakyat.  Kalau UMNO tidak membaca mesej itu dan terus berkeras untuk mengekalkan status sebelum ini, dibimbangi kita akan selamanya ketinggalan walaupun dari segi isu dan kekuatan, kita sebenarnya ada kelebihan.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker