Naim Daniel Minta Janna Nick ‘Hilangkan’ Diri Seketika..“Kalau Tiada Benda Baik Nak Cakap, Kita Diam Sahaja”

PERNAH melalui pengalaman serupa dikecam peminat Kpop, penyanyi Naim Daniel menasihatkan pelakon Janna Nick agar ‘menghilangkan’ diri daripada media sosial buat seketika sehingga keadaan kembali reda.

Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, langkah itu adalah yang terbaik kerana ia boleh memberikan masa untuk Janna menenangkan diri selepas terlibat dalam konik dengan peminat Kpop.

“Saya pernah lalui situasi sama, dapat berpuluh ribu komen tapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri sahaja. Jangan pula apabila ada api, kita balas dengan minyak… sebaiknya simbah dengan air.



“Sebenarnya orang nak tengok kita melatah, kalau kita melatah memang orang tepuk tangan. Perkara itu akan makan diri kita balik.

“Jadi saya rasa ia adalah tindakan yang baik Janna ambil masa ini untuk cool down daripada media sosial buat sementara waktu untuk reek balik, itu yang paling penting,” katanya kepada mStar.

Peminat K-Pop lancar gerakan “repot’ akaun instagram dan Twitter Janna Nick sehingga aktres itu tidak lagi boleh mengakses laman sosialnya



Nama Janna sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila dikatakan mencetuskan kontroversi hingga mengundang
kemarahan peminat Kpop.

Ia gara-gara video Janna yang dikatakan mempersendakan kematian ahli kumpulan Shinee, Kim Jong-hyun pada 2017 serta didakwa menghina anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban.

Janna bagaimanapun tampil membuat laporan polis bagi mempertahankan diri pada tengah malam Ahad kerana mendakwa difitnah

Dalam pada itu penyanyi lagu Sembah ini juga bagaimanapun mengingatkan semua pihak khususnya golongan selebriti agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama sekali apabila melibatkan hal kematian atau perbuatan mempersendakan nama seseorang.



“Apabila salah penggunaan nama dan isu kematian dibuat main, bagi saya itu adalah isu yang berat.

“Sebagai pemain industri (anak seni) kita perlu ada common sense dalam memberikan pandangan atau untuk jayakan sesuatu sebab ia adalah periuk nasi kita juga.

“Kita perlu tahu setiap apa yang kita buat pasti akan ada kesannya, sama ada ia menaikkan kredibiliti kita atau menjunamkan lagi karier di kemudian hari,” katanya.

Naim juga berharap insiden ini dapat memberi pengajaran kepada semua agar sentiasa berkir sebelum mengeluarkan apaapa kenyataan yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.



“Apabila dah jadi perkara macam ini, ia bagi satu pengajaran yang besar untuk semua orang, bukan untuk Janna sahaja… saya cakap secara menyeluruh.

Kita tak tahu kata-kata yang kita ucapkan boleh memberikan kesan kepada orang, oleh itu kalau tiada benda baik yang nak dicakap, lebih baik kita diam sahaja.

“Saya juga harap semua urusan Janna dipermudahkan. Saya tahu tiada orang yang sempurna dalam dunia ini, begitu juga dengan artis. Kami tidak sempurna, kami pun ada cela masing-masing cuma janganlah kita sendiri yang membuka pekung itu,” ujarnya lagi.



Naim sebelum ini pernah dikecam peminat Blackpink yang digelar Blink gara-gara menyunting foto dia bersama salah seorang anggota kumpulan itu, Rose di Instagram.

Tindakannya itu dikecam Blink sehinggakan dia pernah menerima pelbagai mesej peribadi berbaur ugutan di laman sosial-mSTAR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker