Saya boleh bersuara tanpa rasa takut, kata ahli DAP

Selepas laporan polis dibuat terhadapnya atas komen berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai Malaysiakini minggu lalu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata beliau hanya menggunakan haknya untuk bebas bersuara.

Pemimpin DAP itu berkata, ia penting untuk menyatakan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada rakyat untuk bebas bersuara dan menyuarakan pendapat.

“Oleh itu, saya menggunakan hak asasi saya,” katanya kepada FMT.

Santiago memberi respons kepada laporan Malaysiakini yang mengatakan kertas siasatan bawah undang-undang hasutan dan multimedia sudah dibuka terhadap beliau dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan berikutan komen dibuat selepas Mahkamah Persekutuan mendapati portal berita itu bersalah menghina mahkamah Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah mengesahkan dua laporan polis berasingan sudah dibuat oleh seorang individu daripada sebuah NGO yang berpangkalan di Gurun, Kedah.

Pada Jumaat, Malaysiakini didenda RM500,000 kerana menghina mahkamah berikutan menerbitkan komen pembaca portal berita itu.

Santiago berkata, beliau sepatutnya dapat menyuarakan pandangan dan kebimbangannya mengenai keputusan itu tanpa rasa takut akan cubaan menghina atau laporan polis.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan tidak sebulat suara. Terdapat penghakiman yang tidak setuju,” katanya.

Kata beliau, laporan polis sekarang dilihat menjadi kebiasaan di negara ini.-FMT

Cermin diri sendiri dulu Santiago, kata Pas Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker