Sultan Ibrahim hargai sumbangan masyarakat Cina bangunkan Johor

 

JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Johor menghargai peranan masyarakat Cina dalam membangunkan negeri itu, sejak bermulanya zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.

Royal Press Office dalam kenyataan sempena sambutan Tahun Baharu Cina memaklumkan, Sultan Ibrahim bertitah bahawa kerja keras dan ketahanan diri masyarakat Cina dalam membantu memodenkan Johor penting dan mengagumkan, oleh itu, sumbangan mereka yang luar biasa itu perlu diiktiraf.



Menurut Sultan Ibrahim, masyarakat Cina telah diundang ke Johor sebagai “tetamu” oleh nenek moyang baginda untuk membantu membangunkan negeri ini.

“Nenek moyang beta berpandangan jauh dalam menjalinkan hubungan yang unik dengan orang Cina. Mereka bukan ‘pendatang’. Mereka dijemput ke Johor untuk membuka tanah kita dan mengusahakan ladang-ladang.

“Mereka (orang Cina) adalah ‘Bangsa Johor’ – sama seperti orang Melayu, India dan lain-lain, semuanya adalah rakyat Malaysia.

NGO akui sumbangan ke hospital berkurang kerana ada pihak lain lebih memerlukan



“Kesultanan Johor dan masyarakat Cina mempunyai hubungan yang istimewa. Mereka telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Johor. Kami menghargai sumbangan mereka,” titah baginda.

Menelusuri sejarah kedatangan masyarakat Cina, baginda bertitah bahawa Temenggong Daeng Ibrahim individu pertama yang mengundang orang Cina dari China untuk datang ke Johor pada 1844 untuk membantu membuka ladang gambir dan lada hitam secara besar-besaran.

Semenjak dari itu, masyarakat Cina juga membantu meletakkan Johor di persada antarabangsa pada 1850 sebagai pengeluar lada hitam dan gambir terbesar, dengan aktiviti hiliran yang aktif seperti penyamakan kulit dan mewarnakan kain menggunakan gambir.



Isu Nenek Moyang: Marina Mahathir DiHentam Oleh Warga Twitter

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker