Bagaimana nasib masa depan Palestin?
UAE lantik Duta Besar yang pertama ke negara haram Israel
Tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) melantik Duta Besar yang pertama ke negara penjajah Israel – selepas menormalkan hubungan – amat mendukacitakan seluruh umat Islam.
Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Luar UAE sebelum ini mengesahkan Mohammed Mahmoud Al Khajah dilantik sebagai Duta Besar UAE ke Israel.
Langkah itu pastinya akan disusuli oleh Bahrain, Maghribi dan Sudan, selepas didahului oleh Mesir dan Jordan.
Bimbang dengan perkembangan itu, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin mempersoalkan sama ada akan ada negara lain meneruskan perjuangan membebaskan Palestin.
“Siapakah yang akan perjuangkan masa depan Palestin yang dijajah oleh rejim zionis setelah Israel yang menjajah ini diiktiraf sebagai negara berdaulat?
“Namun saya tetap mendoakan agar Masjid al-Aqsa (kiblat pertama umat) dan keseluruhan bumi Palestin akan bebas jua,” katanya.
Perjanjian ‘normalisasi hubungan’ ditandatangani antara Israel dan UAE pada 15 September 2020, dalam majlis yang diadakan di Amerika Syarikat (AS).
Selepas perjanjian itu, kerajaan UAE memutuskan untuk membina kedutaan negara itu di Tel Aviv pada 24 Januari.
Negara-negara lain turut mengikut jejak UAE dalam menjalinkan hubungan normalisasi dengan Israel, termasuk Bahrain, Sudan dan Maghribi.
Perjanjian normalisasi UAE-Israel mencetuskan protes dan kecaman di negara-negara muslim dan Arab, selain menyifatkannya sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap rakyat Palestin.
You must be logged in to post a comment.