Hadi Awang dilantik sebagai duta khas PM ke Timur Tengah

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Dalam satu kenyataaan Pejabat Perdana Menteri berkata, lantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Hadi yang merupakan ahli Parlimen Marang adalah bekas naib presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Hadi juga pernah menjawat jawatan sebagai menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Hadi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang sains politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker