Kim Kardashian fail perceraian terhadap Kanye West – Laporan

KIM Kardashian menfailkan perceraian terhadap suaminya, penyanyi rap, Kanye West.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga tujuh tahun lalu dan mempunyai empat orang anak.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, bintang realiti berusia 40 tahun itu menuntut hak penjagaan anak-anak.

Pasangan itu antara bintang yang paling dikenali di dunia hiburan.

Kim pernah menggondol anugerah bintang E! melalui siri televisyen mengenai keluarganya yang kini memasuki siri ke-21 dengan episod terakhir dijadual ditayangkan tahun hadapan.

Dia juga menempa banyak kejayaan dalam bidang perniagaan, membangunkan aplikasi mudah alih hingga solekan.

Forbes menganggarkan kekayaan peribadi Kim sekitar ASD780 juta.

Kanye West menjadi salah satu nama besar dalam muzik rap selama lebih 15 tahun dan mendapat kejayaan sebagai pereka fesyen.-Awani

‘Kim Kardashian Mexico’ Maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker