Jangan pusing kepala, mari bincang elok-elok

Shah Alam: Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam mengalu-alukan individu yang tidak berpuas hati selepas anaknya dikenakan kompaun kerana merentas daerah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tampil bertemu polis.

Menerusi kenyataan ditularkan, individu terbabit juga tidak jelas dengan isu merentas daerah yang dibenarkan semasa tempoh PKP dikuatkuasakan.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, individu berkenaan amat dialu-alukan untuk berjumpa dengannya di IPD Shah Alam bagi merungkai kekeliruan terbabit.

Menurutnya, langkah itu bagi merungkai kekeliruan susulan ketidakpuasan hati apabila anak perempuan kepada individu itu dikompaun polis.

Katanya, ini ekoran tidak jelas dengan isu merentas daerah yang dibenarkan semasa pelaksanaan PKP sama ada mengikut persempadanan daerah oleh polis atau Daerah Petaling.

“Saya cakna dengan masalah dihadapi oleh individu yang viralkan ‘Adoi Malaysia Land of The Confused Civil Servant And Politicians’.

“Justeru, saya mengalu-alukan kehadiran individu itu untuk berjumpa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi merungkai kekeliruan ini,” katanya tadi.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook berhubung seorang individu mempersoalkan sama ada kompaun merentasi daerah dalam PKP bermaksud mengikuti daerah sesebuah IPD.

Pakcik dah kenapa?

Berdasarkan penyataan ditularkan individu itu menegaskan anak perempuannya dikompaun merentasi daerah selepas pulang ke Bukit Jelutong dari Subang Jaya susulan berlainan IPD.

Ini berikutan berdasarkan pengetahuannya terdapat sembilan daerah dan Subang Jaya dan Shah Alam adalah di bawah daerah Petaling.

“Telefon IPD Shah Alam untuk pengesahan dan dimaklumkan kena saman disebabkan berbeza bidang kuasa IPD.

“Hubungi Majlis Keselamatan Negara (MKN ) berkaitan prosedur operasi standard ( SOP ) berkaitan daerah, pegawai itu gagal menjawabnya namun menegaskan Subang Jaya dan Shah Alam adalah satu daerah,” ujarnya.Tambahnya, kedua-dua pihak iaitu polis dan MKN turut keliru berhubungnya.

Jelas individu itu lagi, kekeliruan itu berterusan apabila dia mendapati bahawa tidak perlu mendapatkan permit (rentas daerah) untuk membuat pembayaran kompaun yang perlu dilakukan di Pejabat Kesihatan di Kelana Jaya.

“Kemudian, soalan sama turut ditanyakan kepada pejabat kesihatan namun mereka juga keliru mengapa dikenakan saman susulan sama daerah.

“Akhirnya, kena buat surat rayuan pembatalan kompaun dan membuang masa menghubungi bagi mendapatkan definisi daerah kerana semua keliru,” katanya.

Al-Fatihah: Anggota polis jalani kuarantin Covid-19 meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker