Keputusan kes ‘Hibrid Solar’, Najib akan bersama Rosmah esok

Najib Razak hari ini memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya diberi kelepasan untuk lewat sedikit menghadiri perbicaraannya, esok bagi membolehkan dirinya bersama Rosmah Mansor semasa mahkamah membuat keputusan mengenai kes rasuah tenaga hibrid solar isterinya itu.

Peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara itu semasa perbicaraan kes rasuah membabitkan RM2.28 bilion dana berkaitan 1MDB bekas perdana menteri itu hari ini yang dijadualkan bersambung esok.

Dia memohonkepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, akan diberi kebenaran agar kesnya hanya bermula sekitar jam 10 pagi.



Esok, Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan membuat keputusan sama ada akan memanggil Rosmah untuk membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.

Kerajaan perkenal 3 inisiatif pasang panel solar di kediaman, bangunan

Rosmah, 69, berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.



Sekiranya diperintah untuk membela diri, Rosmah mempunyai tiga pilihan – sama ada berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, memberikan kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan; atau memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

“Anak guam saya (Najib) akan menyokong isterinya (Rosmah) esok,” kata Shafee kepada Sequerah dengan bekas perdana menteri itu menoleh dari kandang tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa anggota pasukan pendakwaan juga akan berada di mahkamah berasingan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian membenarkan permohonan perbicaraan 1MDB esok bermula sekitar jam 10 pagi.



Guna wang moratorium beli panel solar untuk rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker