Pengarah syarikat didenda RM30,000 miliki kotak media iBoite-X secara haram

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam kesalahan memiliki enam unit kotak media berjenama iBoite-X yang mempunyai aplikasi siaran Astro secara tidak sah.

Tertuduh, Ng Lee Lee, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut kesemua pertuduhan, Lee Lee didapati bersalah di bawah Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memiliki enam unit kotak media berjenama iBoite-X yang dimasukkan dengan perisian MyTV.apk iaitu sistem yang direka bentuk untuk memperoleh secara fraud perkhidmatan aplikasi kandungan yang dibekalkan oleh Measat Broadcast Network System Sdn Bhd.

 

[TERKINI] Wanita didakwa miliki perisian Astro haram

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah premis beralamat di Taman Putra Prima, Puchong pada 12 Disember 2019.

Jika sabit kesalahan, denda tidak lebih melebihi RM300,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua duanya sekali boleh dikenakan.

Lee Lee bagaimanapun dijatuhi hukuman denda RM5,000 bagi setiap kesalahan dan dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh diwakili peguam Low Li Qun manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi.

Leave a Reply