‘Mahkota’ 4 kilo..Berat Mata Memandang..Berat Lagi Kepala Memikul.
Jakarta: Seorang pengantin wanita hampir pengsan di pelamin akibat memakai perhiasan kepala adat Aceh.
Tribunnews melaporkan akaun TikTok @yolanda_riaspengantin mendedahkan pengantin wanita itu tidak tahan dengan ‘mahkota’ seberat empat kilogram (kg) itu.
Dilaporkan, pengantin wanita itu tidak sihat ketika majlis persandingannya akibat kepenatan membuat persediaan majlis itu.
Dalam video itu, kelihatan pengantin keletihan ketika mak andam membuka perhiasan kepala itu.
“Peringatan buat bakal pengantin. Jadi ceritanya…saya tidak boleh tidur dan tiada selera makan.
“Selepas memakai ‘mahkota’ Aceh, datang mual kerana beban di kepala…empat kg,” katanya.
Mak andam itu berkata, pengantin muntah sehingga mahu pengsan ketika bersanding.
“Terpaksa kita buka ‘mahkota’ sebelum selesai majlis.
“Sayang sangat bayar mahal-mahal tapi cuma pakai sekejap.
“Buat bakal pengantin, please (tolong) jaga kesihatan ya,” tulisnya.
Video itu dirakam Winda Yollanda, 23, dari Lhokseumawe, Aceh yang juga mak andam untuk pengantin perempuan.
Ia menyatakan peristiwa pengantin hampir pengsan kerana ‘mahkota’ yang berat itu terjadi pada Khamis lalu.
Katanya, pengantin sempat mengenakan ‘mahkota’ ketika bersanding, namun pendandan rambut terpaksa menanggalkannya sebelum majlis selesai.
“Sempat dipakai, tapi sebelum majlis selesai memang kita sudah buka kerana pengantinnya sudah tidak sanggup lagi,” ujarnya saat dihubungi Tribunnews.
Menurutnya, ‘mahkota’ yang dipakai pengantin itu memiliki berat empat kg kerana diperbuat daripada tembaga.
Dia berkata, pengantin perempuan yang berkahwin mengikut adat Aceh perlu mengenakan perhiasan kepala itu.
Beberapa pengantin juga merasa tidak selesa ketika memakai hiasan kepala itu.
“Wajib pakai (perhiasan kepala itu) jika memakai pakaian adat.
“Ada beberapa pengantin yang kejadian sama berlaku kepada mereka.
“Tapi mereka masih sanggup bertahan sehingga majlis selesai,” tuturnya.
Yollanda berkata, pengantin terbabit memang tidak sihat ketika majlis itu berlangsung.
“Sehingga, perempuan ini hampir pengsan ketika bersanding.-HM
Motosikal bersama set hantaran, idea spontan keluarga tular dalam media sosial