Hadi stabil di IJN, perlu rehat

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat selepas dilapor mengalami sesak nafas malam tadi.

Perkara itu disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi melalui Facebooknya.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

“Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” katanya.

Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Facebooknya menyatakan Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam tadi selepas dilapor sesak nafas sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Ahmad Zahid doa Abdul Hadi sembuh, kembali sihat

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Datuk Seri Hadi Awang dimasukkan ke IJN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker