Ada kawan-kawan Wani Kayrie jadi ‘sugar baby’

Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie yang kini menuntut di pusat pengajian swasta di Shah Alam mengakui ada beberapa pelajar yang dikenalinya terbabit dalam aktiviti ‘sugar baby’ seperti dilaporkan media, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Wani tidak terkejut apabila isu mengenai segelintir pelajar perempuan yang mencari ‘sugar daddy’ kini semakin mencuri perhatian.

Peningkatan Mendadak Bilangan Pelajar Universiti Menjadi Sugar Baby, Apa Sudah Jadi?



“Saya tak terkejut apabila isu ini dibangkitkan sebab ia bukan saja dalam kalangan pelajar, tapi mereka yang sudah bekerja.

“Ada di antaranya memang saya kenal, tapi saya tak boleh nak menghakimi sesiapa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia hanya mampu memerhati dari jauh tetapi akan menegur sekiranya perlu.



“Kepada orang-orang yang saya kenal, saya hanya mampu memerhati dari jauh. Mungkin itu hal mereka, tapi kalau sampai satu tahap yang saya rasa saya patut tegur, saya akan tegur,” katanya.

Menurutnya, mereka yang memilih jalan itu perlu menanggung kesan daripada tindakan mereka.

“Saya faham apabila ramai yang memperkatakan masalah kewangan menjadi punca isu ini. Apa yang saya mampu katakan adalah itu hakikat sebenar kehidupan.

“Mereka pilih jalan itu, jadi mereka perlu bersedia untuk menanggung kesannya. Kalau ada kawan rapat dengan saya yang mencari ‘sugar daddy’ untuk menanggung kehidupan, saya sebagai kawan akan tegur,” katanya.



Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai pelajar universiti di Malaysia mencari ‘sugar daddy’ untuk mendapatkan wang dengan cara mudah bagi menampung kos hidup serta yuran pengajian.

Bukan Menyundal Tetapi Menemani, Wanita Ini Raih Ribuan Ringgit Jadi ‘Sugar Baby’ Di Singapura

Perkhidmatan hubungan ‘sugar daddy-sugar baby’ terbesar di Asia, Sugarbook turut melaporkan peningkatan pendaftaran pelajar sehingga 40 peratus untuk menjadi ‘sugar baby’ sejak Januari lalu.



Ia juga mendedahkan seramai 12,705 pelajar terdiri daripada penuntut di IPT di Lembah Klang, termasuk dua universiti awam berdaftar dengan platform itu.-HM

Pandemik heret pelajar universiti ke kancah ‘sugar baby’

KPT: Data ‘sugar baby’ meragukan, tak munasabah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker