Bayi maut dilarikan monyet

CHENNAI, INDIA: Polis di selatan India melakukan siasatan ke atas kematian seorang bayi berusia lapan hari selepas monyet didakwa membuang bayi itu dari bumbung kediaman.

Dalam kejadian itu, seorang lagi bayi yang juga kembar mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Polis memberitahu AFP semalam bahawa bayi kembar itu sedang tidur di rumah mereka di Tamil Nadu ketika diserang monyet, kelmarin.

Ibu bayi, Bhuvaneshwari, mendengar bayinya menangis sebelum melihat mereka dibawa dari bilik tidur dan kemudian mula menjerit, kata seorang pegawai polis.

Dia bergegas ke luar rumah dan melihat beberapa ekor monyet dan dua bayinya di atas bumbung.

“Mendengar jeritannya, jiran-jiran berkumpul untuk membantu dan berusaha menyelamatkan bayi itu,” kata pegawai polis itu.

Ketika berusaha untuk mengambil bayi berkenaan, monyet menjatuhkan seorang bayi dari bumbung dan melempar seorang lagi bayi ke udara.

Bayi itu jatuh ke dalam longkang dan mati, kata pegawai itu, manakala seorang lagi bayi dalam kritikal.

Monyet dilaporkan sering menyerang manusia dan mencuri makanan, bagaimanapun kes membabitkan penculikan kanak-kanak jarang berlaku.

Dua tahun lalu, monyet membawa bayi yang tidur di dalam kelambu di sebuah rumah di Odisha sebelum bayi itu ditemukan mati. – AFP

Monyet berswafoto dengan telefon pintar yang dilarikannya (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker