Kilang minuman keras dipercayai tertua dunia dijumpai di tapak arkeologi Mesir
KAHERAH: Sekumpulan ahli arkeologi berjaya menemukan sebuah tapak dipercayai kilang minuman keras tertua di dunia di salah satu tapak arkeologi Mesir purba.
Menurut Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Barangan Antik, Mostafa Waziri, kilang itu ditemui di Abydos, sebuah tanah perkuburan lama yang terletak di padang pasir di barat Sungai Nil di selatan Kaherah.
Kilang itu dipercayai wujud ketika zaman Raja Narmer yang terkenal dengan penyatuan Mesir kuno pada awal zaman Dinasti Pertama (3,150 sebelum Masihi – 2,613 sebelum Masihi), lapor portal SCMP.
Ahli Arkeologi dari Mesir dan Amerika itu turut menemui lapan unit besar kilang dengan setiap keluasan adalah 20 meter panjang dan 2.5 meter lebar.
Al-Fatihah: Kematian Yang Dicemburui, Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Sehari Selepas Tiba Di Mesir
Setiap unit merangkumi sekitar 40 bekas yang digunakan untuk memanaskan campuran biji-bijian dan air untuk menghasilkan bir.
Kilang itu juga dipercayai menjadi lokasi ritual raja susulan penemuan bukti yang menunjukkan penggunaan bir dalam upacara pengorbanan orang Mesir kuno.
Kewujudan kilang bir itu pernah disebut ahli arkeologi British pada awal 1900-an, namun mereka tidak dapat menentukan lokasinya.
Mati Dalam Pelukan, Ahli Arkeologi Jumpa Rangka ‘Romeo Dan Juliet’ Berusia 3,000 Tahun Lalu
You must be logged in to post a comment.