Gajah mati ketika lahir anak secara songsang

JOHOR BAHRU: Seekor gajah betina mati ketika melahirkan anak secara songsang di Ladang Mados, Lenggor, dekat Mersing, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.30 tengah hari daripada kakitangan ladang berkenaan selepas mendapati terdapat seekor gajah sedang cuba melahirkan anak.

Katanya, seramai tiga kakitangan Perhilitan Daerah Mersing dikejarkan ke lokasi kejadian bersama enam kakitangan ladang itu bagi memantau keadaan.

Beliau, bagaimanapun, berkata kira-kira jam 5 petang, gajah tersebut didapati tidak lagi bergerak.

“Ketika diperiksa, didapati hanya kaki anak gajah itu sahaja yang terkeluar. Siasatan lanjut mengesahkan anak gajah tersebut berkeadaan songsang dan gajah betina itu mati disebabkan dystocia,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata cubaan untuk menyelamatkan anak gajah yang dikenal pasti jantina jantan itu juga gagal kerana ia didapati mati dalam kandungan.

“Perut gajah tersebut telah dibelah dalam cubaan menyelamatkan anaknya tetapi tidak berjaya,” katanya sambil menambah, bangkai gajah tersebut kemudiannya ditanam dengan bantuan pihak ladang.

— BERNAMA

[VIDEO] Perhilitan Jelaskan Kejadian Gajah Masuk Sekolah Bukan Kali Pertama Berlaku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker