2,464 kes baru Covid-19, terendah sejak 11 Jan

Sebanyak 2,464 kes baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi dengan 7 kematian dilaporkan.

Ini adalah jumlah kes yang paling rendah yang dilaporkan sejak 11 Januari (2,232 kes) – dua hari sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) dikuatkuasakan semula.

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) mengurangkan jumlah ujian Covid-19 sejak 13 Januari disebabkan jumlah jangkitan yang tinggi. Ini termasuk tidak melakukan ujian terhadap kontak rapak yang tidak mengalami gejala.

Sementara itu jumlah mereka yang sembuh setakat tengah hari tadi adalah seramai 4,525 orang, yang merupakan jumlah tertinggi direkodkan setakat ini.

Manakala kes aktif berkurang sebanyak 2,068 kes, yang menyaksikan pengurangan selama empat hari berturut-turut.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Sarawak, dua di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah dan Pulau Pinang.

KKM juga memaklumkan terdapat 11 kluster baru dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster melibatkan komuniti dan keagamaan.

Status terkini:

Kes aktif: 49,490

Jumlah pesakit dalam ICU: 260

Jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan: 111

Kes baru mengikut negeri:

  • Johor (492)
  • Sarawak (161)
  • Kuala Lumpur (154)
  • Sabah (116)
  • Kedah (92)
  • Kelantan (88)
  • Perak (85)
  • Pulau Pinang (56)
  • Terengganu (51)
  • Negeri Sembilan (40)
  • Melaka (11)
  • Pahang (10)
  • Putrajaya (4)
  • Labuan (1)
  • Perlis (0)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker