41 calon SPM sebuah sekolah di Kelantan positif Covid-19

 

Seramai 41 pelajar yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah agama berasrama di Machang, Kelantan disahkan positif Covid-19, hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin berkata, kesemua pelajar berkenaan dibawa ke pusat kuarantin di Dewan Jubli Perak dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Kota Bharu, selepas disahkan positif.



Katanya, kes melibatkan calon SPM itu adalah kontak kepada kluster Pangkal Changgong yang membabitkan tiga daerah iaitu Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

“Kita masih mengesan kontak rapat mereka yang positif bagi mengelak wabak berkenaan merebak.

Kami ‘terumbang-ambing’, tolong batal SPM, rayu pelajar tingkatan 5



“Kluster Pangkal Changgong adalah kluster melibatkan pelajar di sebuah sekolah di Pangkal Changgong dan ia membabitkan (penularan) di tiga daerah setakat ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, sehingga kini kluster terbabit merekodkan 56 kes positif Covid-19.

“Kes daripada kluster berkenaan mula dikesan pada 10 Februari lalu hasil saringan individu bergejala membabitkan seorang pelajar perempuan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian berhubung perkembangan Covid-19 memaklumkan, sebanyak 88 kes positif direkodkan di Kelantan hari ini.



Ia menjadikan kes keseluruhan di negeri itu berjumlah 3,999 kes positif setakat ini.

Cadangan “BATAL SPM”, Kumpulan Pendidikan Tidak Gembira



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker