Sikap sambil lewa antara punca masalah pembahagian harta pusaka

Perbandingan lebih mendalam mengenai instrumen hibah bersyarat, wasiyyah dan faraid kepada umat Islam

Sikap sambil lewa dan tidak merancang pembahagian harta pusaka antara faktor yang membelenggu permasalahan pusaka.

Di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa permasalahan pertelingkahan dan persengketaan mengenai pembahagian harta umat Islam bukanlah suatu yang asing dalam masyarakat Melayu.

Walhal, Islam telah menggariskan pelbagai kaedah pengurusan harta bukan hanya hibah mutlak, tetapi juga hibah kontingensi dan bersyarat termasuklah hibah umra – yang bertujuan untuk mencapai keadilan dan melaksanakan mengikut Maqasid Syariah.

Bagi memudahkan umat Islam memahami hal itu, peguam, Datuk Haji Ikbal Salam telah menghasilkan sebuah buku mengenai instrumen pengurusan harta berdasarkan pengalaman peribadinya dalam menangani pengurusan harta membabitkan hibah bersyarat.

Umno-PAS giat mesyuarat bincang PRU15

Beliau yang mengendalikan kes berkaitan harta pusaka lebih dari 25 tahun berkata, buku bertajuk ‘Mekanisme Serta Amalan Hibah Kontingensi dan Bersyarat di Malaysia dan Singapura (Hibah Al-‘Umrā dan Hibah Al-Ruqbā)’ ini adalah karya yang komprehensif dan padat dengan pengetahuan dan amalan Kontrak Hibah serta kepelbagaian instrumen hibah yang tidak diketahui umum.

Contohnya, membabitkan hibah harta dalam gadaian, hibah takaful, hibah bersyarat dan juga menyentuh Instrumen lain seperti Nuzriah.

Katanya, buku ini berbeza dengan karya yang lain kerana ianya menyentuh amalan hibah di dua negara berjiran dan memberikan memberikan fahaman dan perbandingan yang lebih mendalam akan instrumen Hibah Bersyarat, Wasiyyah dan Fara’id kepada umat Islam.

Orang ramai yang berminat ingin membuat pesanan, pembelian atau pertanyaan lanjut mengenai buku ini boleh dibuat secara terus melalui emel [email protected].

Hibah 1.25% : Usaha Memperkecilkan Ekonomi Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker