Hibah 1.25% : Usaha Memperkecilkan Ekonomi Islam

AppleMark
oleh Ab Jalil Backer

Semasa BN, TH telah menjadi instrumen pelaburan orang Islam yang besar.

Banyak perniagaan menjadi patuh syariah apabila mendapat pelaburan TH. TH juga merancakkan ekonomi patuh syariah.

Dulu tidak banyak syarikat minat senaraian patuh syariah kerana orang Islam tiada kuasa ekonomi. Apabila ada instrumen pelaburan Islam yang besar seperti TH maka berlumba-lumba syarikat mahu jadi patuh syariah.

Orang tidak sedar ini jihad ekonomi Islam. Ini langkah memperkukuhkan ekonomi Islam di negara ini bersaing dengan konglomerat arak dan judi.

Bila dapat kepada PH macam-macam alasan samdol dikeluarkan akibat kekurangan hibah TH.

Kerana terdesak dan tertekan maka disarankan TH hanya menjadi tabung sebenar untuk kumpul duit pergi haji sahaja.

Subsidi haji juga akan dikurangkan beransur-ansur kerana ikut ajaran Mujahid, hanya mereka yang ada duit sahaja layak pergi haji. Jangan kamu pandai-pandai hendak bantu orang tidak cukup duit mengerjakan Haji.

Maka selepas ini TH hanya sekadar agen pelancongan yang mengkhususkan perjalanan haji.

Selepas TH menjadi agen Haji semata-mata siapakah yang akan mengisi lompang itu? “lu fikir sendirilah”.

Demikianlah sedikit demi sedikit institusi yang memperkukuhkan peranan Islam dalam ekonomi negara sedang diperkecilkan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker