Selepas i-Sinar, kerajaan kena beri moratorium automatik – Zahida
Selepas kerajaan akur dengan desakan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat kini sudah tiba masa untuk moratorium secara automatik.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kuasa kerajaan diperlukan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19.
“Kita tetap mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana akhirnya akur dengan permintaan ramai rakyat yang sangat terkesan dengan kemelesetan ekonomi sekarang ini.
“Saya cuma menyeru agar permintaan kedua mengenai moratorium automatik diberi pertimbangan sewajarnya juga… berdoalah kita. Saya tetap dengan pendirian asal agar kedua-dua permintaan di atas dapat diluluskan. Ini bukan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan,” katanya dalam satu catatan di Facebook hari ini.
Menurut Zahida, walaupun kerajaan terpaksa ‘mengorbankan’ hanya seorang (bekas CEO KWSP) untuk menjayakan sepenuhnya skim I-Sinar namun beliau berpendapat kosnya memadai untuk memastikan rakyat terus dibantu.
“Syabas kerana prihatin. Diharap para menteri yang begitu ramai dapat juga mencontohi langkah ini,” ujarnya. MG
Cara pemimpin Armada buatkan UMNO-Bersatu tak kekal lama – Zahida
You must be logged in to post a comment.