KJ: Makluman temu janji diberi bila daftar terima vaksin

Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 adalah sebahagian daripada membuat janji temu, demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau menjelaskan demikian melalui mesej Twitter bagi menjawab soalan mengenai alasan perlunya pendaftaran dilakukan bagi mendapatkan akses vaksin Covid-19 yang ditanya oleh seorang pengguna Twitter, Dr Ungku Shahrin @ungshah.

Menurut Khairy, individu yang telah mendaftar akan diberikan maklumat lanjut untuk proses vaksinasi.



“Mereka (individu yang mendaftar), kemudiannya akan diberikan tarikh, waktu dan tempat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tempat tinggal mereka misalnya, mungkin tidak sama seperti di dalam alamat IC (kad pengenalan) mereka,” katanya dalam mesej Twitternya hari ini.

Dalam satu ciapan lain, Khairy menjelaskan bahawa pendaftaran mendapatkan vaksin Covid-19 perlu dilakukan agar maklumat seseorang individu itu dapat dimasukkan ke dalam sistem pengurusan janji temu.

Pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksana



“Kebanyakan negara, memberikan vaksinasi berdasarkan janji temu. Jika orang ramai datang (tanpa janji temu), ia pasti akan menyebabkan pembaziran masa dan tenaga kerana perlu beratur panjang.

“Melalui sistem janji temu, ia juga dapat membantu daripada segi logistik vaksin, seperti berapa banyak vaksin yang hendak dihantar ke sesuatu tempat itu,” katanya.

Semalam, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengumumkan bahawa pendaftaran vaksin Covid-19 dijangka dapat dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.

Terdapat lima kaedah orang ramai boleh mendaftar untuk mendapatkan akses vaksin Covid-19.



Ini termasuk melalui aplikasi MySejahtera, pendaftaran melalui laman sesawang JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19) yang akan dilancarkan minggu depan, menghubungi talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta dan bantuan pendaftaran dari kerajaan negeri bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

– Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker