PKPB di Sarawak dilanjut sehingga 1 Mac

 

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak yang dijadual tamat esok akan dilanjutkan sehingga 1 Mac.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan PKPB itu juga berkuat kuasa di Bahagian Sibu yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga esok.

Keputusan itu diambil susulan keadaan semasa penularan jangkitan COVID-19 yang masih belum terkawal sepenuhnya di Sarawak.

JPBN yang bermesyuarat hari ini juga memutuskan pergerakan antara zon di dalam negeri ini tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada polis.

“Aktiviti ekonomi seperti pasar harian, pasar borong, pasar tani, pasar malam dan bazar larut malam di zon merah tidak dibenarkan beroperasi,” kata JPBN.

Sebanyak 152 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 6,425 kes. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker