Gerakan sertai PN

Gerakan mengesahkan bahawa ia kini menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional, kata presidennya.

Dominic Lau Joe Chai berkata beliau baharu sahaja menerima pengesahan daripada perdana menteri.



“Kami baru sahaja mendapat pengesahan bahawa kami telah diterima dalam gabungan Perikatan Nasional,” katanya kepada FMT.

Hasrat untuk menyertai PN sudah disuarakan sejak tahun lalu dan kami bersyukur, hari ini GERAKAN menjadi sebahagian daripada PN.

“Menjadi harapan kami supaya dapat meneruskan agenda perjuangan kepada rakyat bersama PN. Saya mewakili GERAKAN berterima kasih kepada Perdana Menteri berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.



Jelasnya, amanah utama yang sering dibangkitkan oleh komponen dalam PN adalah mengenai soal kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi yang turut menjadi agenda GERAKAN.

“Apa sekalipun, kebajikan rakyat adalah matlamat utama kerajaan. Ianya jelas melalui pelan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

PN dianggotai oleh BERSATU dan PAS manakala UMNO mengambil pendirian menyokong tetapi tidak sertai sebagai satu komponen.

Lau berkata, GERAKAN berjanji akan sentiasa mewakili rakyat dalam segala perkara, mengetengahkan kesederhanaan dan akan memastikan PN sebagai wadah politik baharu negara.



Gerakan mahu sertai PN

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker