Shabery persoal jam tangan mewah, akui pakai jam pintar Garmin


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil membangkitkan isu jam tangan mewah berharga enam digit dan jam pintar yang dilengkapi sistem kedudukan global (GPS).

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berpendapat generasi akan datang akan bertanya kenapa orang sanggup membayar ratusan ribu ringgit untuk jam tangan yang fungsinya hanya satu iaitu melihat masa.

“Sedangkan jam pintar atau smartwatch memiliki puluhan fungsi lain dan harganya jauh lebih murah.

“Selain penunjuk waktu yang lebih tepat kerana dihubungi dengan sistem GPS, ia juga memberi tahu degupan jantung, jarak perjalanan, ketinggian bukit, muzik, kalendar dan petunjuk pelbagai jenis sukan,” katanya di Facebook sebentar tadi.



Hantaran itu selepas seminggu riuh warganet memperkatakan jam tangan mewah dipakai bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Walau bagaimanapun, Shabery yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, jam mahal kerana nilai statusnya, selain nilai seni, reka bentuk dan kemahiran pertukangan.

“Namun, berapa lama ia akan bertahan sebagaimana yang terjadi kepada Kodak, teksi dan surat khabar?

“Apakah di masa depan jam tangan mahal sudah tidak membawa apa makna lagi?



“Yang dilihat mungkin pada pemikiran pemakainya dan cara ia membawa diri dalam masyarakat,” tambahnya.

Dalam masa sama, menjawab soalan seorang pengguna media sosial berkenaan harga jam tangannya, Shabery hanya memberitahu memakai Garmin yang merupakan jam pintar dilengkapi ciri pemantau pelbagai aktiviti kecergasan. MD

Persoal keputusan Agong, Shabery bidas Rais Yatim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker