Intan Ladyana Idam Majlis Penuh Magis & Fantasi, Namun Akur Situasi Pandemik

“Memang setiap wanita mempunyai perkahwinan impian ‘dream wedding’ masing-masing, namun memandangkan kita sedang dilanda pandemik COVID-19 dan menjalani PKP, saya terima keadaan sebenar dan suaikan diri dengannya. Majlis buat masa sekarang, tak boleh angan-angan dan terima sahaja kenyataan,” tutur pelakon Intan Ladyana.

Meskipun tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan impiannya buat masa ini, Intan tidak kecewa, namun akur dengan keadaan semasa di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.

Intan, 39, selamat bergelar isteri kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Harris Alif, 22, dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu (5 Januari 2021) sekitar jam 10 pagi.



Pernikahan pasangan ini berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam sebuah majlis yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Harris pula redha dengan ketentuan Allah SWT dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

“Kami redha, ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku. Yang saya harapkan semoga perjalanan rumah tangga kami berdua baik-baik sahaja,” katanya.



Untuk makluman, Intan dan Harris juga menunda majlis resepsi mereka ke satu tarikh yang lebih sesuai kelak.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg



NIKAH JUMAAT INI – INTAN LADYANA BERDEBAR KAHWIN KETIKA PKP

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker