Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas undangan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed bin Sultan Al Nahyan.
Kenyataan Kementerian Luar hari ini memaklumkan, Hishammuddin dijadual mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari UAE malam ini berhubung kerjasama dua hala dan isu serantau serta antarabangsa membabitkan kepentingan bersama kedua-dua negara.
Lawatan itu dilakukan selepas berakhirnya lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia yang berlangsung dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketat COVID-19 seperti ditetapkan Kerajaan UAE. – BERNAMA
You must be logged in to post a comment.