Dap fikir boleh menipu orang Melayu lagi
Oleh Lau Chin Kok
Seperti yang pernah diperkatakan oleh “orang kuat DAP”, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew, DAP akan menggunakan Melayu untuk melawan Melayu.
Begitulah yang dilakukan oleh mereka sejak dahulu sehingga kini. Tajuk forum bagaikan sengaja mencabar sentiviti orang Melayu agar membiarkan DAP terus dengan agendanya.
Mereka sebenarnya sangat takut dengan penolakkan orang Melayu terhadap rakan sepejuangan mereka dalam PH iaitu PKR dan PAN.
DAP sebenarnya sangat terkesan dengan 7 kekalahan PH kepada Barisan Nasional, termasuk kekalahan yang memalukan mereka di Tanjung Piai.
Di sini saya ingin menjelaskan pendapat saya tentang sikap orang Melayu terhadap DAP. Orang Melayu tidak pernah takut kepada DAP, orang Melayu benci dengan sikap pemimpin DAP yang rakus kuasa, rasis, biadap dan anti-Islam oleh beberapa pemimpin DAP.