Covid-19 : 3100 kes baru hari ini dengan 24 kematian


Sebanyak 3,100 kes baru dilaporkan hari ini dengan 24 lagi kematian, angka korban harian yang tertinggi setakat ini, maklum KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 2,340 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 192,679.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 3,099 adalah penularan tempatan manakala satu jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,196 diikuti Johor (490) dan Melaka (344).

Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 245,552 kes.

Ketika ini, seramai 51,977 sedang dirawat, dengan 282 di unit rawatan rapi (ICU) dan 134 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 24 kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 896.


Status Terkini #COVID19, 8 Februari 2021
Kes sembuh=2340
Jumlah kes sembuh=192,679 kes
Kes baharu positif=3,100 kes (3,099 tempatan, 1 import)
Jumlah positif=245,552
Kes kematian=24
Jumlah kes kematian=896 kes
Kes dirawat di ICU=282 kes
Bantuan Alat Pernafasan=134

Leave a Reply