[VIDEO] Tular Pekerja J&T Express Mogok Dan Baling Barang Pelanggan Akibat Ketidakpuasan Hati Terhadap Pengurusan Syarikat

Satu video di aplikasi Tiktok tular memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier, J&T Express mogok di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasinya.

Difahamkan, mereka mogok akibat masalah gaji.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pekerja membaling barangan pelanggan. Turut kedengaran beberapa pekerja yang berteriak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh J&T Express.

Rata-rata netizen menyatakan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya pekerja ingin mogok namun tidak bersetuju dengan tindakan membaling barangan kerana ia membawa masalah kepada penjual serta menganiaya pelanggan yang tidak bersalah. -K! ONLINE

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/Llysd8gb/pekerja-jt-express-mogok-baling-barang-pelanggan.mungkin-masalah-gaji_hd.mp4[/KGVID]

[VIDEO] Gigih Hantar Pesanan Mengayuh Basikal, ‘Rider’ Foodpanda Ini Kekal Semangat Sebab Pernah Cuba Diragut

Related Articles

2 Comments

  1. Tak faham la nape nak baling2 brg customer? Kalau ye pun nak mogok, jgn la aniaya brg org lain. Nape tak jahanamkan lori atau conveyor tu je? Korang tak puas hati dengan management tapi customer yg kena tanggung rugi? Di dunia korang boleh la lepas, boleh lagi tidur nyenyak, boleh lagi makan sampai kenyang, korang tak fikir di akhirat nanti mcmna.

  2. Rasa marah macam mana sekalipun tak perlu sampai nak campak2 barang customer. Customer dan seller takda kaitan dengan isu yang awak hadap tu.. lepas dah buat macam tu senang2 je minta maaf ? wow.. Jangan tanya kenapa lepasni customer dan seller tak pilih courier awak ni.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker