Majlis makan besar Tahun Baharu Cina kini boleh dihadiri 15 ahli keluarga


PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju membenarkan majlis jamuan makan besar dihadiri seramai 15 ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam lingkungan jarak 10KM sepena Sambutan Tahun Baru Cina 11 Feb ini.

Kementerian Perpaduan Negara menerusi kenyataan memaklumkan perkara itu setelah dipersetujui Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaacob setelah membuat penambahbaikan SOP yang diumumkan sebelum ini.

SOP sambutan Tahun Baharu Cina yang diumumkan Khamis lalu hanya membenarkan majlis makan besar melibatkan ahli keluarga yang tinggal serumah.

Dalam budaya Cina, malam tahun baru (11 Februari) adalah hari penting dengan ahli keluarga berkumpul untuk makan malam sebelum menyambut ketibaan tahun baru keesokannya.

Bagi masyarakat Hokkien pula, hari kesembilan juga penting bagi amalan Bai Tian Gong, iaitu sembahyang kepada Jade Emperor.

Acara sembahyang biasanya dibuat pada malam hari kelapan (19 Februari) dan berlanjutan sehingga melepasi tengah malam.

Susulan kritikan, MKN pada 5 Februari mengemaskini tarikh penguatkuasaan SOP kepada 11, 12 dan 19 Februari.

Kementerian Perpaduan Negara pada hari sama juga meminta semakan semula kepada SOP tersebut.

Leave a Reply