Laporan: Ramai polis masih keliru SOP sehingga ada ‘tersalah kompaun’

Gambar Hiasan***

Polis mengakui ramai anggotanya yang ada kala keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan ada yang ‘tersalah’ kena kompaun.

Mingguan Malaysia memetik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Abd Rahim Jaafar sebagai berkata, pihaknya sedang memperbaiki perkara ini dari semasa ke semasa.

“Kita tak nafikan kadang kala pemahaman setiap orang berlainan jadi memang akan terbit masalah mengenai hal ini. Kita pun masih dalam proses untuk memahamkan anggota dan pegawai kita mengenai undang-undang SOP dalam tempoh PKP ini.

“Kalau dilihat dari segi komunikasi biasa pun, apabila kita sampaikan maklumat kepada orang pertama nanti orang ke 10 akan dapat maklumat berbeza. Jadi, cuba bayangkan penyaluran maklumat terhadap 100,000 pegawai dan anggota seluruh negara, sudah tentu akan wujud masalah,” katanya seperti dipetik.

Abd Rahim juga membangkitkan isu SOP yang sentiasa berubah yang menyukarkan lagi perkara itu.

Sebab I Mahal, I Jual Dir…” Fara Mendoza Tersalah Cakap, Netizen Mulakan Semula Teka Teki [ VIDEO ]

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan berhubung warga yang menyuarakan rasa tidak puas hati akibat dikenakan kompaun, antaranya ketika berseorangan di taman awam atau menurunkan pelitup muka di kawasan pengangkutan awam.

Mengulas lanjut, Abd Rahim berkata pihak berkuasa kini semakin memahami situasi yang membolehkan mereka mengeluarkan kompaun sewajarnya.

“Dulu memang banyak (kesalahan kompaun tidak wajar) namun sekarang dapat lihat sudah berkurangan.

“Sebagai contoh, ada yang keluarkan kompaun kerana individu ini berada di luar lebih dari pukul 9 malam sedangkan tak ada dalam undang-undang yang melarang perbuatan itu,” katanya.

Katanya, mesyuarat mingguan yang diadakan juga membangkitkan pelbagai penambahbaikan dalam soal penguatkuasaan.

Penjelasan SOP sebelum dan selepas penguasan penguatkuasaan juga diadakan, selain pemeriksaan semula kompaun yang dikeluarkan agar dibuat mengikut SOP, katanya lagi.

PKPB: Majikan keliru dengan arahan bekerja dari rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker