AYU KONGSI VIDEO LANA SOLAT: “YANG ADA SUAMI MELAYU PUN TAK TAHU NAK DIDIK ISTERI” [VIDEO]

Baru-baru ini, penerbit Datuk Ayu Puteh memuat naik video di laman Instagram miliknya mengenai pelakon Lana Nodin sedang khusyuk menunaikan solat. Ibu kepada pelakon Wanna Ali itu memuji Lana yang menjaga ibadahnya walaupun bersuamikan ‘Mat Saleh’.

Kata Datuk Ayu, Lana turut meminta izin untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat. Dalam pada itu, Datuk Ayu meluahkan rasa kesal dengan sesetengah individu yang mempunyai suami Melayu tetapi tidak mendidik isteri sebaiknya.

“Masyallah.. yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri.. isteri pandai-pandailah bawak diri ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika..Tapi, Subbhanallah,” tulisnya.

Perkongsian Datuk Ayu itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang memuji Lana yang tetap berpegang teguh dengan agama walaupun bersuamikan lelaki barat.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Malah, ramai yang memuji usaha Lana membantu suaminya untuk mendalami agama Islam. Sebelum ini, Lana pernah memuat naik video suaminya, David McKienzie atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie, belajar ilmu agama bersama anak perempuannya dengan seorang ustazah di rumah.

Sebut sahaja nama Lana Nodin, nama pelakon itu sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air dan sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Namun selepas berumah tangga, Lana memperlahankan kerjayanya sebagai pelakon. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini Lana dilihat kembali aktif berlakon.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

 

 

 

Badan Disamakan Macam Papan Plywood, Mimi Lana Kena ‘Body Shaming’

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker