3,391 kes baharu Covid-19, 19 kematian

 

Sebanyak 3,391 kes baru Covid-19 dan 19 kematian akibat wabak itu dicatatkan hari ini.

Enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan menunjukkan trend peningkatan sejak 13 Januari lalu, iaitu: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Perak, Melaka Terengganu.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,228 kes (36.2 peratus).

Daripada jumlah itu, sebanyak 8,162 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat.

Sebanyak 145 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

Terdapat 15 kluster baharu yang dikenal pasti, yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja dua kluster komuniti dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

 

Status terkini

Kes sembuh: 3,392
Jumlah kes sembuh: 185,278 kes

Kes baharu positif: 3,391 kes (3,387 tempatan, 4 import)
Jumlah positif: 234,874
Jumlah kes aktif: 48,751

Kes kematian:19
Jumlah kes kematian: 845 kes

Kes dirawat di ICU: 310 kes
Bantuan alat pernafasan: 134

 

Kes baru mengikut negeri

Selangor: 1,228 kes
Johor : 598 kes
KL: 395 kes
Sabah: 196 kes
Sarawak: 178 kes
Pulau Pinang: 149 kes
Melaka: 141 kes
Negeri Sembilan: 116 kes
Perak: 92 kes
Kedah: 91 kes
Terengganu: 84 kes
Kelantan: 58 kes
Pahang: 51 kes
Labuan: 7 kes
Putrajaya: 6 kes
Perlis: 1 kes

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker