15 kluster baharu dikesan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengenal pasti 15 kluster baharu Covid-19, menjadikan jumlah kluster adalah 876.

Kluster baharu itu melibatkan 12 kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan satu daripada kumpulan berisiko.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, kluster baharu berkenaan dikesan di Selangor, Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Memperincikan kluster berkenaan, Hisham berkata, jangkitan tempat kerja melibatkan kluster Jalan Mokhtar, Jalan Enam Belas, Bandar Teknologi, Persiaran Jaya, Jalan Lima, Jalan Rumbia Dua, Sri Sengkang, Jun Heng, Tapak Bina Jalan Valdor, Industri TTJ, Santong Paka dan Industri Bentong Sebelas.



Dua jangkitan komuniti pula adalah kluster Hikmah Muadzam dan Taman Murni, sementara kluster Jalan Jubilee adalah daripada Kumpulan Berisiko Tinggi.

Turut dimaklumkan, kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Rumbia Dua (133 kes), Kluster Sri Sengkang (112 kes), dan Kluster Industri Serkam (96 kes).

Sehingga 5 Jan, sebanyak 434 kluster aktif dilaporkan menjadikan jumlah kluster di negara ini 876.



Dalam pada itu, jumlah 442 kluster telah tamat termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ipoh dan Kluster Ziarah Putra.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker