Disaman kerana kayuh lebih 10KM dari kawasan kediaman

 

Dua lelaki dikompaun kerana telah melanggar SOP PKP 2.0 iaitu mengayuh basikal melebihi 10 KM daripada kawasan kediamannya oleh Polis Daerah Manjung, Perak, kelmarin.

Polis Manjung memaklumkan tindakan kompaun telah dikeluarkan terhadap dua individu tersebut di bawah kesalahan tidak melakukan langkah pencegahan (Peraturan 15) PPPPPB 2021 (NO. 2).



Pengayuh basikal dinasihatkan agar tidak melanggar SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN) dalam tempoh PKP 2.0 ini. PDRM IPD Manjung akan sentiasa memantau SOP PKP 2.0 dari semasa ke semasa supaya wabak Covid-19 ini dapat dibendung. SM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker