PKP lanjut, kerajaan kena arah bank laksana moratorium automatik – Asyraf


Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan – Pergerakan Pemuda UMNO merayu kepada kerajaan supaya mengarahkan bank dan institusi kewangan melanjutkan moratorium secara automatik tanpa faedah dan caj tambahan.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan perlu menambah bantuan tunai seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) demi memastikan rakyat mempunyai wang tunai yang cukup untuk berbelanja.

Katanya, kerajaan juga perlu menambah insentif bantuan gaji sekurang-kurangnya selama tiga bulan sebanyak RM1, 200 bagi setiap pekerja.

Jelas beliau, PKP kali ini menyaksikan rakyat semakin ramai yang susah dan tertekan dengan ketidaktentuan yang sedang berlaku akibat pandemik Covid-19.



“Memansuhkan segala syarat dan kriteria bagi mempermudahkan pengeluaran secara otomatik bagi semua kategori i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Ramai hilang pekerjaan, tiada punca pendapatan, perniagaan lingkup, yang nak bangkit semula tempoh hari jatuh kembali akibat PKP malah simpanan hampir kering bahkan kehabisan terus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yakobb selain mengumumkan PKP dilanjutkan.

Beliau turut menegaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) pada kali ini akan diperketatkan.



Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut menggesa kerajaan menyegerakan bantuan pendidikan untuk memberikan peranti selain menyediakan rangkaian internet yang terbaik kepada 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker