PAS tak minta Tommy Thomas dibuang – Mahathir


Dr Mahathir Mohamad menafikan PAS secara langsung meminta Tommy Thomas digugurkan tetapi akur beliau menerima banyak kecaman kerana bekas peguam negara itu.

“PAS tidak pernah secara langsung minta untuk dia digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat,” kata Mahathir dalam blognya.

Dalam buku kontroversinya, “My Story: Justice in Wilderness”, Thomas mendakwa Mahathir tunduk kepada desakan PAS dan Umno yang manhukan beliau berundur sebagai peguam negara dan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan.

Mahathir berkata Thomas sendiri meletak jawatan memandangkan beliau (Mahathir) berundur sebagai perdana menteri bawah teraju Pakatan Harapan pada Feb lalu.

Mahathir juga menempelak dakwaan Thomas yang membayangkan beliau sebagai kemaruk kuasa dalam bukunya itu.

“Tulisan (Thomas) berkenaan peletakan jawatan saya cukup hebat. Saya selalu dilabel diktator oleh pembangkang ketika jadi perdana menteri. Tak mungkin pembangkang akan puja saya. Itu bukan sifat pembangkang.”

Namun, Mahathir mengingatkan beliau sukarela meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2003 dan tahun lalu berundur sebagai pengerusi PPBM yang diasaskannya.

“Pada 2020, saya letak jawatan sebagai pengerusi PPBM bukan atas kehendak saya, tetapi parti telah hilang kepercayaan kepada saya. Saya juga yakin PH sudah hilang majoriti dan tidak boleh lagi jadi kerajaan. Saya juga letak jawatan perdana menteri. Sebenarnya tak perlu pun letak jawatan kerana kejatuhan kerajaan PH bermakna saya bukan lagi PM,” kata Mahathir.

Bekas perdana menteri itu berkata selepas hilang ‘kelayakan’ untuk terus menerajui kerajaan bawah payung PH, beliau berusaha menubuhkan kerajaan perpaduan yang merentasi kepentingan parti.

“Saya berpendapat kita perlu lupakan tentang parti dan fikir tentang negara. Oleh itu saya beritahu kepada semua ketua parti kita perlu ada kerajaan perpaduan dan lupakan agenda peribadi. Kita juga perlu bawa bukan ahli politik ke dalam kerajaan,” kata beliau.

Namun, usaha itu gagal, kata Mahathir dan menuding jari kearah tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sebagai puncanya.

“Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi (untuk tubuh kerajaan baharu.)

“Bayangkan bagaimana hala tuju negara jika kesemua parti meletakkan negara ini sebagai matlamat utama,” kata Mahathir. FMT

Peguam Desak Tommy Thomas Letak Jawatan Peguam Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker