Warganet persoal PPUM kutip dana orang ramai melalui Lazada


Rakyat Malaysia, yang pada awalnya mengesyaki kutipan dana Lazada Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) sebagai penipuan, mahu tahu mengapa ia berbuat demikian selepas mendapati ia bukan palsu.

Isu ini mula dibangkitkan oleh seorang pengguna dikenali, zt000tz, dengan catatannya di Twitter yang menghubungkan satu pautan kutipan dana yang dipanggil “Pusat Perubatan Universiti Malaysia” yang kemudiannya dikongsi lebih daripada 1,300 kali.

Pengguna zt00otz berkata, beliau menghubungi sekretariat PPUM beberapa kali untuk mengesahkan sama ada ia rasmi, namun tidak berjaya.

Pengguna lain, irhamzin1, berasa sangsi dengan kutipan dana itu dan mempersoalkan sama ada ia dibenarkan secara rasmi.

Sementara itu, Inbarajs meminta zt00otz memadamkan catatannya itu kerana bimbang orang lain secara tidak sedar akan terlibat dalam “penipuan” terbabit.

Bagaimanapun, seorang lagi pengguna, nurhalimatun, berkata, beberapa organisasi lain seperti MERCY, Bulan Sabit Merah, dan Zoo Negara juga mempunyai kutipan dana di Lazada.

Akaun rasmi Twitter PPUM tidak lama kemudian membalas hantaran tersebut dan mengesahkan kutipan dana itu milik mereka.

Tangkap layar laman web Lazada memaparkan harga sumbangan PPE untuk petugas barisan depan PPUM bernilai RM50 hingga RM500.
Pengguna Ladykirat berasa bingung selepas mendapati kutipan dana itu sah, dengan membalas “Walaupun bunyinya macam distopia, tetapi ia sahih”.

Sebilangan besar warganet membuat spekulasi mengapa PPUM beralih kepada orang awam untuk mendapatkan dana.

Salah seorang daripada mereka, lfc_eddie, mempersoalkan mengapa kerajaan membelanjakan RM35 juta untuk tiga dewan dan RM1.3 bilion lagi untuk merombak sistem imigresen ketika PPUM kelihatan sangat memerlukan bantuan.

DonJuan6009 bertanya: “di manakah perdana menteri, menteri dan timbalan mereka dalam situasi ini”.

Pengguna “greenbeansoya” sebaliknya mencadangkan gaji pemimpin kerajaan disalurkan ke hospital.

GanXhiyan, yang memetik akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan dan Kementerian Kesihatan (KKM) di hantarannya bertanya apakah yang terjadi dengan peruntukan diberikan kepada barisan hadapan dan hospital.

Pengguna lain, meforevermy, mendapati keadaan itu sebagai “menyedihkan”. FMT

Lori Bawa Barang Promosi Lazada 11.11 Terbakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker