Lori Bawa Barang Promosi Lazada 11.11 Terbakar · MYKMU.NET

Lori Bawa Barang Promosi Lazada 11.11 Terbakar

Share

Sebuah lori lima tan yang dipercayai membawa barang promosi Lazada 11.11 musnah dalam kebakaran berhampiran D’alamanda Jalan Impian Cheras, Kuala Lumpur semalam.

Kebakaran pada bahagian belakang lori berkenaan menyebabkan barang yang baru diambil daripada pembekal untuk dibawa ke pusat pengumpulan operasi itu rosak sepenuhnya.

Komander Operasi Kanan, Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozi Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.34 petang.

“Sebaik tiba di lokasi pihak bomba mendapati api sedang marak pada bahagian belakang lori lima tan itu.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian dan 60 peratus barang musnah dijilat api,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan awal, pemandu lori berkenaan mendakwa bau hangit ketika dia membuka pintu untuk menyimpan barang sebelum tiba-tiba api merebak.

“Kebanyakan barang dalam lori tersebut mudah terbakar menyebabkan api cepat marak.

“Antara barang yang musnah adalah pakaian, peralatan permainan kanak-kanak dan lain-lain,” ujarnya.

Tambah beliau, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Suami isteri tipu promosi pakej penginapan ditahan

Leave a Reply