PRU-15, Pemuda PAS mahu PN kemuka calon bersih tapi bagaimana pula calon dengan isu ‘Moral’?

 

Ekoran penurunan kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) antarabangsa pada 2020, Pemuda PAS hari ini mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) hanya memilih individu yang memiliki rekod baik sebagai calon dalam PRU akan datang.

Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata calon PN perlulah dilihat berintegriti serta mudah diterima rakyat dalam PRU ke-15.



“Kami ingin mencadangkan agar parti PN hanya menampilkan calon-calon yang bebas daripada kes salah laku atau rasuah dalam PRU ke-15 akan datang.

“PN mestilah bersedia untuk mengetengahkan calon-calon yang berintegriti, kompeten, bersih dan mesra rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PN – yang muncul selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan pada Fen tahun lalu – dianggotai empat parti iaitu Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Setakat ini tiada mana-mana pemimpin kanan parti itu sedang berdepan dengan perbicaraan mahkamah atau dakwaan salah laku.



Bagaimanapun kenyataan itu boleh menimbulkan persoalan mengenai sikap dan pendirian PAS terhadap calon yang bakal dikemukakan Umno pula.

 

Kes siasatan video ‘Sembur*t’, Apa status terkini? – AMK



 

Malaysia jadi negara contoh

Untuk rekod BN bukanlah sebahagian daripada parti komponen PN sebaliknya ahli parlimen mereka hanya memberikan sokongan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri.

Ketika ini beberapa pemimpin kanan Umno sedang dibicarakan termasuk presidennya Ahmad Zahid Hamidi, setiausaha agung Ahmad Maslan serta Penasihat BN Najib Razak. Bekas setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor juga dibicarakan atas tuduhan rasuah.



Najib dan Tengku Adnan sudah didapati bersalah oleh mahkamah.

PAS merupakan rakan kerjasama Umno melalui Muafakat Nasional yang dimeterai ketika kedua-dua parti itu masih menjadi pembangkang.

Skor diperoleh Malaysia dalam CPI tahun lalu menurun dua mata iaitu 51 berbanding 53 pada 2019. Ia menyebabkan kedudukan negara dalam CPI merosot enam anak tangga kepada tempat ke-57 daripada 180 negara.

Kata Khairil Nizam walaupun skor CPI itu hanyalah mengambil kira persepsi namun Pemuda PAS menyeru kerajaan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil perhatian yang serius dalam agenda mengatasi masalah gejala rasuah di Malaysia.



Ahli Dewan Negara itu juga memuji langkah diambil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menyerahkan senarai anggota kabinet untuk ditapis Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM sebelum mereka dilantik memegang jawatan menteri.

Kata Khairil Nizam ia adalah permulaan yang baik ke arah pentadbiran yang berintegriti serta bersih caripada sebarang kes PDRM dan SPRM.

“Pemuda PAS berharap kita sama-sama dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh kepada dunia bahawa Islam – sekiranya dijadikan sebagai agama bagi persekutuan atau negaranya – pasti akan menjadikan integriti sebagai nadi pentadbiran negara dan rasuah sebagai musuh nombor satu negara,” katanya.

Amalan ‘Seksual Tidak Bermoral Anwar’ Punca PKR Ditinggalkan – Azmin Ali



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker