Demi rakyat? Apa sebenarnya agenda pemimpin parti Melayu-Islam
Waspada dengan ucapan ‘demi rakyat, umat’ sebelum dapat berkuasa
Apa sebenarnya agenda setiap pemimpin parti-parti Melayu-Islam setelah impian mereka berkuasa tercapai?
Persoalan itu ditimbulkan pemerhati politik, Mohd Luttfi Abd Khalid kepada pemimpin parti politik Melayu-Islam, yang disifatkan tiada agenda demi rakyat.
Beliau berkata, perasaan curiga dan waspada perlu ada terhadap setiap ucapan pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan kalimat ‘demi rakyat’ atau ‘demi umat’ sebelum berkuasa.
“Sebab ialah sebaik sahaja mereka telah mendapat apa yang mereka rancang, kalimat rakyat dan umat terus dicampak keluar.
“Kalimat itu telah digantikan dengan ‘demi aku’! Lihat sahaja perangai dan tingkah laku mereka setelah berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Parti-parti Melayu perlu berjiwa besar dan bina kekuatan untuk bersatu
Malah, Mohd Luttfi berkata, pemimpin yang belum berkuasa juga ‘berperangai’ sama, bukan hanya meroyan bahkan merancang untuk rampas kuasa.
“Langkah dan strategi parti-parti bukan Islam dan bukan Melayu sahaja yang kelihatan kukuh dan bersatu hati.
“Itu pun masih terdapat ramai dari kalangan pemimpin politik Melayu-Islam yang masih rela dan gembira diperkudakan dan diperdayakan.
“Datang PRU, kelompok ini jugalah yang kita pilih untuk mewakili kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Parlimen. Kebodohan apakah ini?,” katanya.
You must be logged in to post a comment.