78 pelatih Pulapol KL positif COVID-19

Seramai 78 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, di sini, disahkan positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata semua pelatih yang positif kini telah diasingkan dan diarahkan menjalani kuarantin.

“Terdapat 525 pelatih dan daripada jumlah itu seramai 78 orang didapati positif COVID-19.

“Kita telah mengenakan tindakan kuarantin dan mengasingkan mereka.

“Semua asrama juga telah disanitasi untuk proses nyahkuman.

“Tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian pada Sabtu.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memantau situasi semasa di pusat latihan berkenaan.

KKM pada Jumaat memaklumkan negara merekodkan kes harian tertinggi selepas 5,725 kes dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara ialah 203,933 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baru, 5,718 adalah kes penularan tempatan manakala tujuh lagi kes import.

Menteri: KKM tempat 1,000 doktor pelatih di seluruh negara bantu operasi Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker