Dakwaan hasut penganut Kristian, Presiden PAS mohon mahkamah batalkan

 

KUALA LUMPUR: Abdul Hadi Awang memohon membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan terhadapnya berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan.

Kenyataan presiden PAS itu diterbitkan sebuah akhbar lima tahun lalu.



Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan Hadi selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Hadi berkata, mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan berkenaan.

“Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian.



Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama serta kedua atas alasan saman itu tiada kausa tindakan munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman pemula terhadap Hadi pada 9 Dis tahun lalu, antara lain memohon pengisytiharan bahawa presiden PAS itu melakukan tindakan hasutan yang bertentangan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948.

Mereka juga menuntut pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, termasuk jawatan yang setara dengan jawatan menteri.

Saman itu difailkan atas alasan Hadi mengeluarkan satu penyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian yang diterbitkan sebuah akhbar pada 18 Jan 2016 dan kemudiannya dilaporkan sebuah portal pada hari sama.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker