Pegawai polis berusia 35 tahun meninggal dunia, rebah selepas majlis ikrar

Pegawai polis berusia 35 tahun meninggal dunia, rebah selepas majlis ikrar

GEORGETOWN: Seorang pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Majlis Bacaan Ikrar Dadah dan Rasuah anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri di sini hari ini.

Mendiang Inspektor R Kunes Raw, 35, dikatakan ditemui rebah dalam tandas IPK selepas majlis itu sebelum dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.



Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin, ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan, selain menyifatkan mendiang seorang pegawai yang berdedikasi serta rajin dalam melaksanakan tugas.

“Kehilangan mendiang Kunes satu kehilangan buat Polis Pulau Pinang.

“Mendiang meninggalkan balu serta dua orang anak perempuan dan kita juga merakamkan ucapan takziah keluarga keluarga beliau,” katanya di sini.

Terdahulu, Kok Chin bersama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais menziarahi keluarga mendiang di Hospital Pulau Pinang (HPP).



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin Pegawai bersama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad serta Ketua Jabatan
Ia juga merupakan lawatan kebajikan sebagai tanda keprihatinan PDRM terhadap pegawai polis selain memberi sokongan moral kepada keluarga serta memastikan aspek kebajikan terus terpelihara.

Sementara itu, akaun Facebook PDRM Pulau Pinang dipenuhi ucapan takziah kepada keluarga mendiang. BH

Pegawai polis berusia 35 tahun meninggal dunia, rebah selepas majlis ikrar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker