Gosip Gayboy & Tuduhan Servis Isap Kemaluan” Suhaimi Saad Mengaku Mengurut Dan Dalam Aplikasi Perkenalan Grindr
Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad mengakui individu di sebalik akaun aplikasi perkenalan songsang, Grindr yang didedahkan sebuah portal hiburan semalam, adalah dirinya.
Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia hanya menggunakan aplikasi berkenaan untuk mempromosikan khidmat urut lelaki dan bukannya sampai ke tahap mengadakan hubungan sejenis.
“Dalam Grindr itu memang aku. Nak urut, PM (private message). Kalau nak hisap atau fun (berseronok), aku tak offer (tawarkan).
“Kau datang minta nak hisap. Orang itu dah jawab dia tak buat sebab dia tukang urut. Kau balas dengan rasa hampa. Bila dia letak harga, kau pergi tularkan dan cakap dia tawar khidmat hisap,” katanya menerusi Facebook.
Ujar suami kepada Ina Naim itu lagi, individu yang bertindak menularkan atau mengaitkan namanya dengan aktiviti songsang semalam hanya mengumpul dosa sendiri dan berniat tidak baik.
“Pepatah Inggeris kata awak tak cukup popular sehinggalah awak dikaitkan dengan gosip gay,” tulisnya di Facebook.
“Berhentilah gosip ‘gayboy’ dan tuduhan itu. Tidak elok, kau orang hanya akan himpun dosa sahaja. Dan, kalau betul pun, kenapa?.
“Kau hanya aibkan aku untuk jatuhkan aku, padahal itu hanya akan menaikkan nama aku sedangkan kau tetap di situ menghimpun dosa beribu,” jelas Suhaimi lagi.
Semalam, kecoh apabila sebuah portal berkongsi kisah seorang selebriti senior dilaporkan menawarkan perkhidmatan urut dalam laman mencari pasangan songsang, Grindr.
Menerusi laporan sebuah portal hiburan baru-baru ini, seorang penyanyi lelaki didakwa terkait dengan kontroversi menawarkan khidmat songsang kepada pelanggan menerusi tangkapan skrin perbualan perkhidmatan urut.
Perbualan itu dipercayai dikongsikan menerusi aplikasi mencari pasangan sejenis.
Difahamkan penyanyi tersebut yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid menawarkan khidmat tersebut di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.
Lebih mengejutkan, selain menawarkan urut batin lelaki itu juga didakwa mengenakan bayaran sebanyak RM100 sekiranya ingin menghisap kemaluannya.
“Ina Naim, mertua dan adik-beradik aku pun tahu aku memang tukang urut. “Kalau ada lelaki datang cakap dia kena rogol dengan
aku, itu bohong. Melainkan dia yang rela atau sebab marah aku ‘reject’ dia
Suhaimi, 40, berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 di Masjid Jamek Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Sallman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014)- K’Online
In-Team minta Suhaimi buka hati
“KALAU kita buka hati, pasti boleh terima pendapat orang,” kata ahli kumpulan nasyid In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid atau Syah susulan kontroversi menimpa bekas ahli mereka, Suhaimi Saad.
Ketika ditemui selepas pelancaran penjenamaan Radio IKIM hari ini, Syah berkata, prinsip mereka selama ini adalah buang yang keruh dan ambil yang jernih.
“Kalau tetap mahu bertegas dengan cara kita juga, sebaiknya simpan untuk diri sendiri saja dan tidak perlu menghebahkan kepada umum.
“Lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak dan isteri. Paling kami risau ialah nasib anaknya jika dia tiada nanti,” katanya.
Katanya, In-team sangat berharap rakan mereka itu dapat memperbaiki fahamannya dan bersikap terbuka kepada pandangan masyarakat.
Syah mengakui ada berhubung dengan Suhaimi, cuma secara peribadi dia berharap ada pihak luar yang bersuara.
“Nampaknya perkara ini sudah pun disuarakan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
“Dia (Suhaimi) sudah pun respon tapi nampaknya masih bertegas dengan pendirian sendiri,” katanya.
Walaupun Suhaimi sudah berstatus bekas ahli, kumpulan nasyid itu mengakui isu yang berlaku serba sedikit turut terpalit pada mereka.
Mereka juga dalam nada tegas tidak bersetuju dengan fahaman dan kenyataan dibuat Suhaimi sejak akhir-akhir ini.
“Sebab itulah kami ambil pendekatan untuk mendiamkan diri saja dan kalau nak berdebat pun, tiada apa yang perlu diperdebatkan pun,” katanya.
Mereka turut akur dengan keputusan penganjur ‘merehatkan’ Suhaimi daripada menyertai Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang bakal berlangsung di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 20 April ini.
Pun begitu mereka tetap bersedia jika dijemput untuk menyanyikan bersama bekas ahli mereka itu pada masa depan.
“Cuma apabila banyak kecaman dan dia mendatangkan keburukan kepada penganjur dan penganjur pula ambil keputusan untuk merehatkan dia, jadi kena terimalah.
“Tapi untuk konsert kami sendiri, buat masa ini tiada keperluan untuk dia bersama melainkan ada permintaan,” katanya.
Sebelum ini, Suhaimi pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan sehingga mengundang kecaman warganet.
Malah, beberapa selebriti, ilmuwan dan agamawan tempatan sudah pun memberi pelbagai respon serta menasihati Suhaimi supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.
Sumber: GEMPAK, K’Online
You must be logged in to post a comment.